KANGAR: Seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai pemimpin sayap sebuah
parti politik di negeri ini ditangkap khalwat bersama pasangannya, lelaki berusia 50 tahun dalam serbuan oleh bahagian penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Perlis (JAIPs) di sebuah hotel, di sini, jam 1.30 pagi tadi.
Penguatkuasa membuat serbuan berdasarkan maklumat awam dan intipan
bermula kira-kira jam 7 malam.Ketika diserbu di bilik penginapan suspek lelaki
dilihat memakai tuala dan baju T manakala suspek wanita berkenaan yang
berada di atas katil memakai baju lengan panjang dan berkain batik.
Kedua-duanya mengaku tiada ikatan perkahwinan dan dibawa ke Balai Polis
Kangar untuk laporan polis. Berita Harian