JAKARTA - Kepercayaan terhadap bomoh yang mampu menahan hujan terutama
bagi melancarkan acara atau kejohanan 'penting' adalah sesuatu yang biasa
diamalkan di Indonesia.
Terbaharu, khidmat enam bomoh dan beberapa ahli spiritual digunakan semasa
perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan bawah 19tahun Indonesia
menentang Persewangi Banyuwangi di Stadion Diponegoro Banyuwangi, Jawa
Timur pada Isnin.
Setiausaha jawatankuasa penganjur perlawanan berkenaan, Fandi Ahmad sepertidipetik akhbar Kompas, berkata kesemua bomoh serta ahli spiritual tersebut
yang berasal dari wilayah Banyuwangi, ditempatkan di sekeliling stadium
tersebut.
"Selain menghalang (menahan) hujan, ahli spiritual dilibatkan supaya
pertandingan berjalan lancar. Keterlibatan ahli spiritual sudah merupakan kebiasaan dalam setiap acara di Banyuwangi.
"Enam pawang hujan serta ahli spiritual ini diharapkan membantu mendoakan
agar acara berjalan lancar dan sukses serta cuaca jugacerah,"kata Fandi.
- Bernama