HUBUNGAN cinta antara bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan dengan kawan
Nora Danish,Zarema Zainal sememangnya bukan lagi rahsia.Malah pasangan ini
diberitakan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Meskipun tarikh rasmi belum diuar-uarkan, ia dipercayai dalam bulan terdekat
kerana Zarema sudah pun menganjurkan ‘shower party’ sebagai petanda bakal
mengakhiri zaman bujangnya.Menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram
Nora Danish (siap bertag #az4ever), majlis bertemakan Masquerade Party itu
kelihatan meriah dihadiri rakan-rakan terapat Zarema.