KUALA LUMPUR: Masuk hari kelima, masyarakat masih lagi tertanya-
tanya apakah yang terjadi kepada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang
ghaib begitu sahaja sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke
Beijing.
Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) kini melibatkan satu usaha
Intensif enam belas negara dengan kekuatan tiga belas kapal perang di
perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka.
Pelbagai teori dilemparkan oleh pelbagai pakar aviasi manakala media
perdana antarabangsa terus mencari satu teori dari sumber sumber mereka.
"Segala kemungkinan atauall possibilities," kata pihak berkuasa dan ini bukan
sesuatu yang ganjil kerana jika berlaku siasatan, biarpun satu peratus ke-
mungkinan, ia tetap diambil kira.
Antara fokus sejak hari pertama ialah dua penumpang yang menggunakan
pasport curi serta limapenumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat ke
Beijing, China itu.
Ia bagaimanapun sudahpun diketepikan berikutan ada dakwaan kemungkinan ia
berkaitan tindakan pengganas.
Apakah fokus kini tertumpu kepada 20 penumpang yang merupakan kakitangan
syarikat semi-konduktor Freescale yang berpusat di Austin, Texas?
Di Malaysia, Freescale terletak di Petaling Jaya dengan fasiliti semi-konduktor
moden bagi memasang dan menguji litar bersepadu (IC).
Berdasarkan maklumat diperolehi dari laman web Freescale, meliputi kawasan
seluas 20 ekar, ia dikhususkan bagi memasang dan menguji mikropemproses,
pemproses isyarat digital dan litar bersepadu frekuensi radio dan telah memula-
kan operasi sejak 1972.
Mengikut laporan Reuters, 20 kakitangan Freescale itu terdiri daripada 'jurutera
dan pakar terlibat untuk melaras serta mengurangkan kos di kemudahan
utama mereka yang terletak di China.'
Freescale beroperasi di lebih 20 negara meliputi 18,000 kakitangan antaranya
di Brazil, Kanada, Denmark, Perancis, Israel dan Russia.
Ia juga memiliki Freescale RF yang terlibat menyediakan penyelesaian
terhadap keperluan Aeroangkasa dan Pertahanan dan ini dijelaskan melalui
www.freescale.com/RFmilitary
Produk komersil Freescale RF memenuhi keperluan aplikasi seperti:
1. Komunikasi medan perang
2. Avionik
3. Radar HF melalui Band L- dan S-
4. Pemandu Misil (Missile Guidance)
5. Peperangan Elektronik (Electronic Warfare)
6. Pengenalan, sekutu atau musuh (IFF)
Pembangunan sektor ini menurut laman web Freescale bagaimanapun
hanya tertumpu di kemudahan syarikat ini di Amerika Syarikat.
Apakah ia berkaitan dengan kehadiran penumpang dari Freescale ini? Ini
hanyalah satu teori namun sebagaimana dinyatakan pihak berkuasa, mereka
turut melihat profil kesemua 239 penumpang dan krew yang menaiki pesawat
malang ini.
20 kakitangan Freescale dalam pesawat tersebut terdiri daripada 8 kakitangan
Freescale di China yang datang ke Kuala Lumpur bersama 12 kakitangan dari
cawangan di Petaling Jaya.
Menurut sumber yang enggan dikenali, kesemua kakitangan terbang ke Beijing
untuk menerima latihan satu sistem baru untuk pembangunan semi-konduktor.