Iran menawarkan bantuan kepada Malaysia untuk menyiasat dua
warganegaranya yang dipercayai menaiki pesawat MH370 dengan
menggunakan pasport curi.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Marzieh Afkham berkata republik islam
itu akan "membuat susulan ke atas laporan berhubung kemungkinan dua
penumpang warga Iran menaiki pesawat berkenaan."
"Kami menawarkan kerjasama untuk mendapatkan maklumat tambahan,"
katanya seperti dipetik oleh AFP di Tehran.
Marzieh juga berjanji bahawa Tehran akan menyalurkan "sebarang maklumat
mengenai warga Iran itu serta statusnya secepat mungkin."
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa mendedahkan
seorang penumpang yang menggunakan pasport curi itu dipercayai hendak
berhijrah ke Jerman. Lelaki itu didedahkan sebagai Pouria Nour Mohammad
Mehrdad, warga Iran berumur 19 tahun.
Interpol kemudian mendedahkan identiti penumpang pasport curi yang kedua,
yang juga warga Iran. Namanya, Delavar Seyed Mohammad Reza, 30 tahun.
Laporan adanya dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan meng-
gunakan pasport curi mencetuskan kebimbangan kehilangan pesawat itu
ada kaitan dengan pengganas.sumber