Australia pada pagi Isnin menghantar pesawat RAAF kedua dari Darwin untuk
mencari pesawat Malaysia Arlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang sejak
awal Sabtu Australia menghantar RAAF AP-3C Orion pada malam Ahad dan
pesawat kedua berlepas dari Darwin pada 8.30 pagi (AEDT) pada Isnin,
menurut Australian Associated Press.
Marshal Udara Mark Binskin berkata pesawat mengawal maritim dan
pemantauan jarak jauh dilengkapi dengan alat pengesan yang sesuai
dengan operasi.Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.
Enam rakyat Australia dan dua New Zealand, seorang yang tinggal di Perth
berada di dalam pesawat MAS yang hilang di Laut China Selatan awal pagi Sabtu,
sejam selepas penerbangan yang sepatutnya mengambil masa enam jam dari
Kuala Lumpur ke Beijing.
Pihak berkuasa menyiasat hubungan dengan keganasan, berikutan dua
penumpang pesawat itu yang membawa 227 penumpang disyaki menggunakan
pasport curi.Menteri Luar Australia, Julie Bishop menghubungi rakan
sejawatannya dari Malaysia untuk memberi sokongan.Beliau berkata laporan
kehilangan pasport menjadi tumpuan.
"Mungkin tidak terdapat kaitan langsung tetapi ia merupakan perkembangan
membimbangkan," Bishop memberitahu radio ABC pada Isnin.
"Para pegawai kami sentiasa menghubungi pihak berkuasa di Malaysia."
Malaysia telah menubuhkan pusat penyelarasan menyelamat dengan puluhan
kapal dan pesawat sedang mencari pesawat yang hilang, katanya.Vietnam,
Filipina, Amerika Syarikat, Singapura dan China turut menghantar bantuan
untuk menyertai usaha mencari.Keluarga rakyat Australia yang berada di atas
pesawat itu menerima bantuan kaunselor, kata Bishop. - Bernama, 10 Mac,
2014.