BEIJING: Kerajaan negara China menyampaikan rasa kecewa terhadap kerajaan
Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370 dengan meminta mereka dibekalkan
maklumat yang terkini tentang kehilangan pesawat MAS itu.
New York Times melaporkan hari ini China, negara asal majoriti penumpang
pesawat itu, jelas ada tanda-tanda kemarahan dan kecewa di kalangan
keluarga penumpang yang terlibat dengan cara Malaysia mengendalikan
situasi ini.
Dilaporkan juga, Menteri Luar China Wang Li menyampaikan ketidak sabarannya
itu dalam panggilan telefon sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web
kementerian.
“Pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang hampir 40 jam,” katanya sebagaimana
yang dipetik ketika memberitahu rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri
Anifah Aman.“Kerajaan China memandang perkara ini secara serius, dan
rakyat China juga sangat bimbang.”
Beliau meminta Malaysia sentiasa memberikan laporan terkini, lapor media
dunia itu.Dalam siri laporannya, pegawai Malaysia sentiasa enggan menjawab
soalan yang mereka sifatkan sebagai “hal keselamatan”.
“Kami akan sentiasa mengkaji protokol keselamatan, dan jika perlu kami akan
perketatkannya lagi,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga berkata,
beliau mempunyai nama empat penumpang yang disyaki tetapi maklumat itu
adalah ‘”terkawal”.
Sekurang-kurangnya ada lima perkara luar biasa dalam senarai penumpang
pesawat Penerbangan Malaysia Boeng 777-200 ER yang berlepas dari
Lapangan TerbangAntarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi
Sabtu dalam perjalanan 3,700 km ke Beijing.
Ia terputus hubungan dengan kawalan penerbangan kira-kira 1.30 am dan tidak
tiba di Beijing, menyebabkan kerja mencari dan menyelamat besar-besaran
digerakkan dari laut Andaman dan Selat Melaka di barat kepada Laut Cina