Beijing - Beijing semalam menggesa pihak berkuasa Malaysia meningkatkan
usaha mencari dan menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)
yang membawa 239 penumpang termasuk 150 rakyat China.
Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang, Beijing percaya
Malaysia mampu melaksanakan segala usaha mencari pesawat MH370
yang hilang sejak tiga hari lalu.
"Pihak Malaysia memberikan sepenuh perhatian kepada kejadian tersebut,
namun berdasarkan situasi sekarang, mereka perlu meningkatkan usaha,
katanya pada sidang media di Beijing, semalam.Ini berikutan, kemarahan
dan kekecewaan yang dilahirkan oleh beberapa orang anggota keluarga
penumpang pesawat terbabit terhadap usaha mencari.
Mereka turut mengkritik syarikat penerbangan MAS serta pihak berkuasa
di Beijing dan Kuala Lumpur ekoran kekurangan maklumat mengenai
kejadian tersebut.Qin berkata, pihaknya berharap Malaysia memahami
perasaan keluarga penumpang dari China tersebut.
"Kami akan meneruskan usaha kami terutama bagi menggesa Malaysia
berhubung isu operasi mencari dan menyelamat, selain isu susulan lain,