Kuala Lumpur - Majlis Raja-Raja Malaysia (MRRM) menzahirkan rasa dukacita
dengan kejadian pesawat MASMH370 hilang sejak Sabtu lepas dan menyarankan rakyat pelbagai agama, kaum dan kumpulan politik supaya menunjukkan
semangat bersatu ketika negara menghadapi dan menangani tragedi ini.
MRRM dalam satu kenyataan berkata Majlis Raja-Raja sentiasa mengikuti
perkembangan dan menghargai segala usaha yang dijalankan.
"Kerjasama dan bantuan dari pelbagai negara bagi membantu operasi mengesan
pesawat yang hilang, amatlah dihargai," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.
Majlis Raja-Raja menyarankan supaya rakyat dari pelbagai agama, kaum dan
kumpulan politik menunjukkan semangat bersatu ketika negara menghadapi dan
menangani tragedi ini.
"Semoga mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah S.W.T. serta segala usaha
menemui hasil terbaik, di samping mendoakan semoga kaum keluarga dan
sahabat handai waris terlibat diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan
bagi menghadapinya", kata kenyataan itu.sumber