SELEPAS seorang bomoh dipercayai muncul di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan bubu mata pancing
untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS), kini muncul pula satu
lagi kumpulan baru yang cuba mencari pesawat MH370 dengan gaya
Tersendiri.
Sekumpulan lelaki yang memakai sut lengkap muncul di KLIA dan
memulakan ritual mencari pesawat berkenaan dengan gaya-gaya seperti
tikar terbang dalam filem Laksamana Do Re Mi.Di bahagian belakang tikar
berkenaan ada seorang pemuda memegang dua biji buah tembikai tidak
diketahui fungsinya.
Semacam satu kemestian, apabila ada kes kehilangan sebegini pastinya
kumpulan seperti ini muncul elok pula berpakaian sut kemungkinan tahu
ada pihak media yang bakal merakamkan gambar mereka sedang
melakukan ritual berkenaan.
Dalam satu gambar yang sudah tersebar di laman media sosial, kumpulan
itu duduk bersila di atas tikar berkenaan seperti bersiap sedia untuk
terbang dan turut sama menyertai operasi mencari dan menyelamat bagi
mengesan lokasi pesawat MH370 berkenaan.
Rasanya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu meletakkan
petugas di kawasan KLIA pada ketika ini untuk mengelakkan kumpulan
seperti ini hadir dengan lebih ramai dan melakukan ritual yang pelik-pelik
kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370.
Jika ada dua kumpulan sudah terlepas dan mendapat perhatian lensa kamera
pihak media selepas ini tidak tahulah lagi berapa kumpulan akan mencuba
nasib dan datang ke KLIA untuk melakukan ritual mereka pula.
Apabila melihat videonya, ingatkan tikar terbang rupa-rupanya sampan atas lantai jer.. –MYNEWSHUB.MY