SEPANG – Bukit Aman menafikan Polis telah mengubahsuai gambar
dua individu misteri yang menaiki pesawat MAS MH370.Penolong Ketua
Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat
PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar
itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan T
erbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua
gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua
Tercabut.
“Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan
gambar suspek pertama,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.Asmawati
mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai
gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar
dan kaki yang sama.
“Kedua-dua foto sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-
dua lelaki itu jelas kelihatan,” katanya.Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan
Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa polis telah mengenal pasti salah
seorang individu misteri sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19.
Beliau percaya lelaki tersebut menuju ke Frankfurt, Jerman dan tiada kaitan
dengan pengganas.Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata Interpol
mengenal pasti individu kedua sebagai warga Iran, Delavar Seyed Mohammad