Kenalan saya berusia 28 tahun dan meminati golongan sejantina malah dia
secara terang-terangan memuat naik status hubungannya dengan pengkid
dalam akaun laman sosialnya tanpa rasa malu atau bimbang.
Saya terkilan kerana dia bertudung dan mempunyai kerjaya baik.Malah dari segi
rupa,dia boleh dikatakan berpenampilan menarik serta pandai bergaya.
Meskipun saya rakan baiknya dan pernah cuba menegur cara hidup songsang itu,
dia langsung tidak mengendahkannya.Malah, saya pernah diserang pengkid
terbabit kerana dituduh menghasut rakan saya supaya meninggalkannya,
sedangkan saya hanya berniat baik serta ingin membantu dia menjalani hidup
diredai Tuhan.
Saya juga tidak sanggup mendengar cercaan orang terhadapnya.Ini kerana saya
kenal ibu bapanya secara peribadi. Mereka tinggal sekampung dengan orang tua
saya.Keluarganya dipandang tinggi di kampung kerana bapanya imam masjid.
Hakikat itu membuatkan saya simpati dan ingin membantu.
Namun, sejak kerap menegur serta meminta dia bertemu pakar perubatan Islam
untuk mengubat‘nafsu sejenis’ itu, sejenis’ itu, rakan saya mula menjauhkan diri
kerana dia bimbang saya akan guna-gunakan dia untuk melupakan kekasihnya