Tehran- Seorang lelaki Iran dijatuhkan hukuman kedua-dua matanya dikorek
manakala telinga kanan dan hidungnya dipotong selepas dia didapati bersalah
mencurahkan asid ke muka seorang budak perempuan.
Hukuman itu dijatuhkan selepas lelaki berkenaan disahkan melakukan perbuatan
berkenaan secara sengaja dalam satu kejadian, pada Oktober lalu.
Budak perempuan itu hilang penglihatan dan telinga kanannya tidak dapat
mendengarselepas diserang dengan asid.
Meskipun hukuman itu mendapat tentangan banyak pihak terutama badan asasi
kemanusiaan, namun Majlis Kebangsaan Iran memutuskan bahawa hukuman itu
merupakan sebahagian daripada sistem perundangan negara berkenaan.
Mahkamah negara berkenaan juga sebelum ini telah mengarahkan tangan dan
kaki seorang lelaki dipotong.Tahun lepas, antara 500 hingga 625 orang termasuk
28 wanita dan dua kanak-kanak telah dihukum di Iran.-mynewshub