“Hanez Langsung Tidak Bersalah Dalam Hal Ini” -Mr. R Isu pergolakan antara
aktres cantik Hanez Suraya, kekasihnya yang berstatus suami orang iaitu Mr. R
dan isteri kepada Mr.R iaitu Puan Liyana Manan berlanjutan sehingga memaksa
Hanez mengadakan sidang media semalam bagi memperjelaskan tentang perkaraitu bagi pihaknya.
BACA: Hanez Suraya Mahu Isteri Kekasih Mohon Maaf Secara Terbuka Hanez
Suraya telah menuntut permohonan maaf daripada isteri kekasihnya itu bagi
tujuan membersihkan namanya yang sudah tercemar. Kekasihnya Mr. R atau
nama sebenarnya Romie Razin Adilha turut sama hadir dan memberi penjelasan.
Mr.R memaklumkan bahawa Hanez Suraya tidak bersalah dalam isu ini malah apa yang dikeluarkan oleh isterinya kepada media adalah satu fitnah.“Hanez lansung tidak bersalah dalam hal ini.
Pada saya, jika dia (Liyana) dalam keadaan marah, dia akan bercerita apa saja,
maklum lah orang perempuan kan.“Terapi, apa yang boleh saya katakan, Hanez
bukanlah punca kami berantakan dan untuk makluman,rumahtangga kami sudah
berkocak sebelum saya mengenali Hanez lagi.
“Saya mohon maaf atas isu yang telah ditimbulkan oleh isteri saya. Saya
tegaskan dakwaan isteri saya adalah fitnah. Saya tidak mahu aibkan dia.
“Memang saya belum bercerai tapi rumah tangga kami telah ada masalah sejak
lapan bulan lalu. Sedangkan saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 di satu majlis di UiTM Shah Alam.
“Malah isteri saya telah menfailkan cerai pada 8 Oktober tahun lalu dan ia
merupakan fail cerai kali kedua. Dan dakwaan isteri saya di mahkamah sebelum
ini tidak ada kena mengena dengan punca orang ketiga.” jelas Mr.R
OHMEDIA: SEMOGA KRISIS MEREKA NI DAPAT DISELESAIKAN SEGERA.