Hari ini seluruh Malaysia bahkan seluruh dunia gempar dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH 370 yang hilang di udara semasa dalam perjalanandaripada Kuala Lumpur ke Beijing.
Namun didalam kesedihan rakyat Malaysia mengenai berita ini, pelakon Zed
Zaidi yang juga bekas presiden persatuan SENIMAN telah mencetuskan kontro-
versi dengan status di Twitternya yang berbaur sindiran atas kejadian yang
berlalu.
Susulan itu, semua pihak begitu marah dengan sikap Zed Zaidi yang dianggap
mempermainkan isu itu dikala orang ramai sedang bersedih dan berdoa kese-
lamatan mangsa.
Namun begitu, tidak lama kemudian Zed Zaidi dilihat telah memadam statusnya itu dan turut membuat status permohonan maaf terhadap status Twitternya yangterdahulu kerana telah menyinggung perasaan ramai pihak.