Putrajaya - Selepas lima hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370
dilapor hilang tanpa kesan, beberapa keluarga dan kru penerbangan itu
yang ditempatkan di Hotel Everly menyatakan mereka sudah bersedia
menerima apa juga kemungkinan.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Datuk Noraini Mohd Hashim kepada pemberita selepas melawat keluarga
terbabit di hotel berkenaan.Ada juga yang mahu pulang ke rumah kerana
anak-anak lain juga memerlukan mereka.
Sebanyak 107 orang daripada 38 keluarga ditempatkan di hotel itu sejak 9
Mac lepas bagi mengikuti perkembangan terkini operasi mencari dan men-
yelamat MH370, selain turut menerima khidmat kaunseling dan sokongan
moral daripada kaunselor JKM dan sukarelawan pelbagai pertubuhan.
Menurut Rohani, JKM juga menghantar kaunselor untuk memberi khidmat
kaunseling kepada sebuah keluarga di Ipoh, Perak yang tidak mahu datang
ke sini kerana ingin bersama anggota keluarga lain.
Gambar : Keluarga penumpang pesawat MH370 dari China kelihatan tenang
sambil mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 menerusi akhbar
tempatan dan telefon pintar selepas bersarapan pagi di hotel penginapan
Cyberview di sini, hari ini.sumber