Kata Mohd, sejak dari awal lagi hubungan dia dan Zatul hanyalah sekadar
teman biasa. Tetapi selepas sebulan Zatul ada menunjukkan mahu perhu-
bungan mereka lebih dari sekadar kawan. Bahkan Zatul pernah mengajak
Mod berkahwin.
"Saya kenal Zatul sewaktu diundang ke pentas final Mentor6. Dari situ
kami bertukar nombor telefon. Kami hanya kawan biasa. Tapi Zatul
pernah meluahkan perasaannya terhadap saya. Tetapi ketika itu saya
katakan padanya, lebih baik kami berkawan dahulu. Bahkan dia pernah
mengajak saya berkahwin. Katanya, segala persiapan perkahwinan telah
siap dan saya hanya bawa badan saja untuk berkahwin", katanya.
Lega dan bersyukur apabila dirinya disahkan tidak bersalah, ujar Mohd
fokusnya kini adalah mahu membersihkan namanya dan kembali aktif