Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesung-
guhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila
Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya
sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia
yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi
untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji
manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai
dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan
dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.
JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh
dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah ber-
tentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif
atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah
tidak bertentangan dengan syarak. Jakim telah terlebih dahulu menge-
luarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan
difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web
Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita.
Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa
dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita
dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih
menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini.
Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon
pertolongan Allah swt.

Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga
23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan
Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana
mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika
dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula meng-
gambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur
khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan
bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan
tahyul dan khurafat.
Mana-mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan
penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah
bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan
dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak.
Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya
umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara
perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja
satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.
Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH SWT adalah sebaik-baik
tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha pencarian
dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi
sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus
berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa. Saya yakin kita
akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat
ini atas izinNya jua.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA