PETALING JAYA – Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, yang
telah dikenal pasti sebagai salah seorang daripada dua lelaki yang
menaiki pesawat MH370 dengan pasport dicuri kali terakhir menulis
di Facebooknya yang dia ‘berasa teruja’.
Pouria bersama-sama dengan Delavar Syed Mohammad Reza, 29,
(seorang lagi lelaki yang dikenal pasti menggunakan pasport curi)
dipercayai menuju ke Eropah untuk memulakan hidup baru di sana.
Pouria telah menaiki penerbangan MH370 untuk Beijing pada Sabtu dan
merancang untuk perjalanan ke Frankfurt, Jerman, dari sana, tempat di
mana ibunya tinggal, tetapi pesawat berkenaan hilang satu jam selepas
berlepas dari Kuala Lumpur.
Interpol baru-baru ini mengeluarkan imej Pouria dan Delavar sebagai
individu yang melakukan perjalanan dengan pasport curi.Seorang
pegawai Interpol berkata lelaki terbabit datang ke Malaysia dengan
pasport Iran dan hanya bertukar menggunakan pasport yang dicuri
untuk perjalanan pertama kali mereka ke Eropah.
Semua kemungkinan bahawa individu-individu ini mempunyai kaitan
dengan keganasan telah ditolak.Menurut ‘Time’, remaja itu tahu dia
mengambil risiko apabila meninggalkan Iran dan meminta rakan-
rakan mendoakan keselamatannya.
‘Timeline’ di Facebooknya menunjukkan bahawa dia tiba di KL pada
28 Februari dan berasa teruja.Menurut news.com , pada 24 Februari
dia mencatatkan mesej samar mendedahkan dia telah merancang
untuk menyahaktifkan akaunnya dan kemudian mendedahkan dia
tidak merancang untuk kembali ke Iran.
Ada yang tidak sedar bahawa dia telah telah pun meninggalkan Iran
sehingga dia menyiarkan gambar-gambar dirinya di Kuala Lumpur
dan telah menulis “Terima kasih kepada semua yang berdoa untuk
saya, saya selamat.”
Berikutan kejadian MH370, terdapat 137 mesej yang ditinggalkan
di ruangan komen, mendokan keselamatan dan memintanya untuk
pulang ke rumah.Seorang pengguna Facebook, Lau Crypto berkata
‘HELLO saya tidak kenal awak, tetapi saya tahu ia memerlukan
keberanian tinggi untuk keluar dari Iran dan membina kehidupan
di tempat lain, saya berharap pesawat anda selamat di mana-mana
tempat dan anda boleh menjalani kehidupan yang bagaimana anda
mahu, jaga-diri, mendoakan anda dan semua yang lain selamat!
Navaz Karimian Pour, dipercayai ibunya mencatatkan ‘Kembalilah
ke rumah dengan selamat. Ibu anda sedang menunggu anda’
manakala Wendy Bligh berkata ‘Sebagai seorang ibu pemikiran
dan doa saya bersama dengan anda. Semoga anda, penumpang dan
anak kapal lain dalam penerbangan Malaysia 370 ditemui selamat,
daripada saya di Australia.’ – Mstar.com.my