Masuk hari ketiga operasi mencari dan menyelamat, masih tidak ada khabar
positif daripada operasi tersebut.Sehingga kini, pelbagai pendapat, teori dan
telahan telah dibuat kebanyakan orang di luar sana lebih-lebih lagi di media-
media sosial.
Malah, ada di antara andaian dibuat dilihat keterlaluan sehingga boleh men-
yinggung perasaan ahli keluarga penumpan MH370 yang terlibat.Perkara ini
lebih lebih lagi dirasai oleh ahli keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53,
yang mengendalikan MH370 bersama 11 anak kapal yang lain.
Berkongsi cerita, cucu saudara kepada Zaharie, Muhammad Nifhail Zambri
mengatakan sedikit sebanyak mereka berasa kecewa dengan pelbagai andaian
negatif termasuk ada sesetengah pihak di luar sana yang menyalahkan juru-
terbang di atas kehilangan MH370.
“Kecewa sangat-sangat, ada yang salahkan pilot, kapten semua, tak boleh nak
terimalah. Tapi nak buat macam mana. Kami sekarang nak mereka selamat je
yang paling penting sekarang,” kata pelajar jurusan Sains Komputer, Universiti
Sains Malaysia itu.Nifhail turut berkongsi cerita sikap peramah dan penyayang
datuk saudaranya itu amat disenangi semua ahli keluarga mereka.