Pengebumian langit adalah tradisi pengebumian di Tibet. Perarakan bermula
dengan berdoa kemudian membawa tubuh ke puncak gunung di mana banyak
burung pemangsa berada. Di puncak gunung, mayat diletakkan dalam keadaan
meniarap,muka menghadap ke tanah, Burung-burung akan memakan seluruh bahagian tubuh ..Bahagian tengkorak akan pulang untuk digunakan sebagai cawan minuman. Mereka percaya tubuh adalah sebuah kapal untuk jiwa
dan harus kembali ke alam.
Permukaan tanah berbukit dan berbatu menyebabkan sukarnya mencari tanah
untuk pemakaman. Oleh kerana itu, cara pengebumian langit dianggap lebih
praktikal dari pada dikebumikan atau dibakar.
Majoriti penduduk adalah penganut agama Buddha Tibet, agama yang percaya
pada kelahiran semula. Oleh kerana itu, tubuh si mati tidak bermakna lagi dan
akhirnya akan kembali ke alam, baik oleh burung pemakan bangkai atau cacing
di dalam tanah. Dengan demikian, kaedah ini dipercayai lebih mudah bagi roh-
roh orang mati untuk sampai ke langit, kerana memberikan sedekah kepada
burung pemakan bangkai.