Beijing - Naib Presiden Kanan serantau (China) Malaysia Airlines MAS,
Joshua Law Kok Hwa berkata syarikat penerbangan itu akan menyediakan
31,000 Yuan (RM16,577) sebagai bantuan kewangan awal kepada
semua anggota keluarga yang melebihi keperluan asas mereka.
Syarikat penerbangan itu akan menanggung semua perbelanjaan sekurang-
kurangnya seminggu bagi anggota keluarga yang mahu tinggal di Beijing
atau pulang ke Kuala Lumpur, lapor akhbar harian negeri People's Daily.
Sudah lebih 48 jam sejak pesawat MAS MH370 hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Dalam satu kenyataan, MAS berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan
kerajaan China bagi mempercepatkan pengeluaran pasport bagi anggota
keluarga yang ingin pulang ke Malaysia dan begitu juga dengan Jabatan
Imigresen Malaysia berhubung pengeluaran visa ke Malaysia.s
umber