Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul
kira-kira jam 12tengah hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan
bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat.
Menurut akhbar harian itu, Azman yang mengikuti perkembangan
kehilangan pesawat MH370 bersama tiga rakan lain, tertarik untuk
mendapatkan objek berkenaan.
"Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia
tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana
koyak atau bocor," katanya.
Dia yang keluar menangkap ikan jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam
8 malam tadi memaklumkan penemuan itu kepada Berita Harian.
Katanya, penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi
petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370.
"Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan ‘boarding’ pada
objek itu,” katanya. Beliau berkata, sejurus bot APMM tiba di lokasi,
tugas mengangkat objek diserahkan kepada pasukan berkenaan,
manakala mereka menyambung kerja menangkap ikan. Jurucakap APMM
Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke
tempat kejadian.
Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak
sempat dinaikkan ke dalam bot APMM, lapor akhbar itu lagi. Hari ini masuk
hari ke lima pesawat MH370 selepas hilang Sabtu lepas dan sehingga kini,
sudah empat laporan saksi berkaitan kapal terbang ini.
Penduduk Pengkalan Chepa, Kelantan, melihat kapal terbang rendah,
penduduk Tumpat melihat pesawat dengan ekor terbakar, nelayan di
Marang mendengar bunyi yang kuat dan kini nelayan Port Dickson
menemui objek umpama rakit keselamatan pesawat itu.
Kesemua maklumat ini selaras dengan kenyataan TUDM bahawa radar
mereka mengesanpesawat ini berpatah balik selepas satu jam terbang
dan hilang di perairan Vietnam. – 12Mac, 2014.sumber