Nampaknya puzzle atau misteri pesawat MH370 semakin hampir terjawab
dan kita pun tahu usaha mencari hari ini sudah giat dilakukan di Selat Melaka
Laporan Malaysian Insider sumber Reuters:
Dalam perkembangan yang memeranjatkan, tentera Malaysia mendedahkan
mereka mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang
menerusi radar ketika pesawat yang masih hilang itu merentasi Selat Melaka,
jauh dari di mana ia melakukan komunikasi terakhir dengan menara kawalan
trafik awam di teluk Thailand.
Sumber tentera mengesahkan kepada Reuters Boeing 777-200ER dengan 239
penumpang bertukar laluan dan menuju ke sebelah lain semenanjung Malaysia.
“Ia mengubah laluan selepas Kota Baru dan mengambil altitude lebih rendah.
Ia terbang ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera, yang diberi taklimat
mengenai siasatan itu, kepadaReuters.
Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia, berada di
pantai barat Malaysia.Syarikat penerbangan itu berkata, pada Sabtu lalu,
pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal terputus hubungan
selepas Kota Baru, bandar di pantai timur Malaysia.
sumber