Kuala Lumpur - Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan meng-
gerakkan pesawat pengawasan maritim P-8A Poseidon untuk membantu misi
mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang
hilang sejak Sabtu lepas.
Menurut kenyataan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, pesawat
P-8A itu mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada
ketinggian maksimum 12,500 meter.
"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang pada
ketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan
masa pencarian diantara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada
jarak ke kawasan pencarian," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyedia-
kan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut .sumber