Misteri pesawat MAS hilang: Orang ramai hari ini diingatkan jangan sewenang-wenangnya mengaitkan surah Yasin dengan misteri
kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom,
berkata perbuatan menyebarkan beberapa potong ayat daripada surah
Yasin yang dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat MAS pener-
bangan MH370 pada Sabtu lalu adalah tidak betul.
Beliau turut menyarankan orang ramai agar tidak terlalu ghairah me-
yebarkan potongan ayat Al-Quran ataupun terjemahannya menerusi
media sosial jika tidak mengetahui ketepatan maksud ayat mengikut
syariat Islam.
“Sudah beberapa kali pandangan dan teguran dibuat tentang hal ini
kerana ada ayat yang tidak tepat penggunaannya (tafsirannya), jadi kita
jangan terlalu ghairah memasukkannya ke dalam media sosial.
“Kita akan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
berhubung hal ini.
“Pada masa sama kita bagi teguran dan peringatan sebagai didikan dan
asuhan kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas menutup
Persidangan Imam-imam Besar Masjid Negeri Peringkat Kebangsaan di
Shah Alam, hari ini. – Bernama