Dipetik dari BBC, sebuah syarikat Britan menghasilkan tanaman yang menghasilkan tomato dan
kentang dalam satu pokok .Tentu ini menjadi perbincangan kerana tomato dan kentang adalah
sayuran yang nyata berbeza jenis.
Tomato boleh tumbuh secara menggantung sedangkan kentang tumbuh macam ubi yang tertanam di
bawah tanah seperti akar.Sebuah syarikat hortikultur " Thompson & Morga " mewujudkan sebuah
idea baru yang boleh menjadikan tomato dan kentang tumbuh dalam satu pokok .
Namun ini bukan menggunakan kaedah kejuruteraan genetik tetapi menggunakan kaedah cantuman .
Proses ini memerlukan masa yang lama dan cukup sukar untuk mencipta tanaman ini .
Syarikat ini juga mengatakan bahawa tanaman yang diberi nama Tom Tato ini mempunyai kelainan
daripada tomato laindan memberi rasa tomato yang lebih manis dan segar.Bentuknya juga lebih unik
daripada tomato-tomato yang dijual di pasar raya.
Mereka juga mengatakan tomato dan kentang ini telah lulus dari uji kelayakan selamat untuk dimakan
dan tidak mengandungi racun . Kelebihan dan keuntungan dari tanaman ini adalah tomato dan kentang
akan berbuah dalam masa yang sama juga menjimatkan penggunaan tanah.