Pesawat MAS MH370: Vietnam membekukan operasi mencari hari ini
kerana kekeliruan maklumat dari media kerajaan. Manakala kritik lebih
hebat sikap kita dalam mengurus krisis yg menjadi perhatian dunia
up to date dan badget untuk krisis sebegini sementelah lagi berpunca
dari tragedi awal Lahad Datu diberi keutamaan MKN.
Semua orang tidak sabar dalam hal ini namun yg paling tidak sabar
sikap jawapan dalam TIN ‘Tiada Peruntukan atau Bajet’ dalam hal
hal yg sangat kritikal. MRM kita sedang diuji……….. Benar seperti
kata Tun Mahathir skrg bukan masa menyalahkan sesiapa namun jika
sebelum ini mereka dipersalahkan apakah ia membuat mereka berfikir?
Jawapannya tentu sekali tidak!
#MH370 Time Travel Is Real – Majalah Review Malaysia – MRM /
Gambar PM Najib sedang berdoa di Parlimen semalam oleh The Star
Online.
Kuala Lumpur: Akhbar antarabangsa New York Times (NYT) mengkritik
maklumat tidak tepat oleh kerajaan Malaysia mengenai kehilangan
penerbangan MH370, serta kenyataan pemimpin negara yang bercanggah
dengan tentera.
Pendedahan pesawat Malaysian Airlines (MAS) menukar laluan dan
kemungkinan berpatah balik oleh tentera menunjukkan Malaysia tidak
mempunyai maklumat tepat lokasi sebenar pesawat tersebut, kata NYT.
“Tapi kerajaan dan syarikat penerbangan (MAS) masih juga mengeluarkan
maklumat tidak tepat, tidak lengkap dan kadang kala tidak tepat dengan
pegawai awam berbeza dengan pemimpin tentera,” kata NYT dipetik
berkata dalam artikel bertajuk “Malaysia Jet May Have Taken New
Route Before Vanishing”.
Semalam Berita Harian melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) tidak menolak kemungkinan pesawat tersebut berpatah balik
ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dikesan
dengan radar tentera.Kawasan mencari dan menyelamat juga diperluaskan
sehingga ke Selat Melaka bagi melihat sebarang kemungkinan.
Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud mendedahkan wujud isyarat
MH370 cuba berpatah balik berdasarkan maklumat daripada radar TUDM.
Pendedahan tersebut berbeza dengan maklumat awal diberikan oleh MAS
yang mengatakan lokasi terakhir sebelum terputus hubungan pagi Sabtu
adalah di perairan Laut Cina Selatan, sempadan antara Malaysia dan
Vietnam.Menurut NYT, pengumuman tersebut menyebabkan banyak pihak
terkeliru, mempersoalkan mengapa pendedahan tersebut lewat diberitahu.
“Malaysia, sanggup kamu sembunyikan perkara besar ini sehingga
kini,” lapor NYT memetik pengguna laman sosial Sina.com Weibo
yang meluahkan kemarahan.
Pendedahan ketiga oleh MAS menambahkan kekeliruan, ia berkata pihak
berkuasa “melihat kemungkinan” pesawat menuju ke Subang, lapangan
terbang yang mengendalikan penerbangan domestik.
Sikap tidak konsisten kerajaan Malaysia dalam mengawal krisis kemudian
bertambah buruk selepas Polis Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan
bercanggah dengan MAS, kata NYT.
“Polis mengatakan tiada bagasi yang dipunggah daripada pesawat sebelum
berlepas pada Sabtu lalu, berbeza dengan kenyataan pegawai awam sejak
tiga hari lalu,” kata NYT yang dipetik dalam artikel tersebut.
Sehingga Isnin Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan ia berlaku
dan bagasi dipunggah masuk dan melepasi pemeriksaan keselamatan.
Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan ia
tidak berlaku dan MAS mengesahkannya pada sebelah petang.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227
penumpang serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam
selepas berlepas dari KLIA di Sepang, pada jam 12.41 pagi Sabtu.
Sementara itu, misi mencari dan menyelamat yang masuk hari kelima
masih gagal menemui petunjuk baru.Beberapa negara juga turut
menyertai operasi, antaranya Jepun, China, Singapura dan Amerika
Syarikat.Misteri kehilangan pesawat MH370 tersebut masih menjadi
tanda tanya. Malaysian Insider via Yahoo News