KUANTAN: Malang bagi seorang suami beristeri dua apabila isteri keduanya
membuat ‘onar’ dengan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain setiap
kali dia berada di rumah isteri pertama untuk menjalankan tanggungjawab ber-
poligami.
Tidak cukup memadu kasih di rumah sendiri pada tengah malam selepas dua
anak mereka tidur, wanita yang boleh dianggap ‘madu durjana’ itu sanggup
menyewa bilik di rumah tumpangan untuk bertemu kekasih hatinya pada
sebelah siang.
Namun, kecurangan isteri berusia 30-an, bekerja sebagai pakar kecantikan itu
terbongkar selepas dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam satu
serbuan di sebuah rumah tumpangan di Transit Point di sini, kira-kira jam 3 petang
kelmarin.
Dalam serbuan itu, wanita terbabit ditahan bersama pasangannya dipercayai
berusia 30-an, bekerja sebagai pencuci kereta di bandar ini kerana disyaki
berkhalwat.
Ketika ditahan, suami wanita terbabit kebetulan berada di tempat kejadian dan
sama sekali tidak menyangka isteri keduanya dicekup Jaip dalam serbuan itu.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 45, berkata, dia dapat
menghidu kecurangan isteri keduanya selepas hubungan mereka dingin kira-kira
sebulan lalu.
Katanya, dia yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dengan mak
andam yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu atas dasar
cinta tidak menyangka dikhianati dengan cara demikian.
“Hancur luluh hati saya mengenangkan kecurangannya sedangkan selama ini
saya yang banyak menaikkan perniagaannya sehingga berjaya. Saya begitu
kecewa dengan apa dilakukannya,” katanya.
Mohamad berkata, dia menerima maklumat isteri keduanya itu sering membawa
kekasih gelap ke rumah mereka ketika dia berada di rumah isteri pertama.
“Semua perbuatan isteri terbongkar selepas dia ditahan Jaip petang semalam
(kelmarin)".
“Baru kini saya tahu mengapa hubungan kami selama ini begitu dingin sehingga-
kan dia seolah membenci saya setiap kali tiba giliran saya pulang ke rumah
untuk menunaikan tanggungjawab kepadanya,” katanya yang mempunyai
seorang anak lelaki berusia tiga tahun hasil perkongsian hidup dengan isteri
keduanya itu.
Menurutnya, dia menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk meng-
hukum perbuatan isterinya.
“Apa yang tinggal kini hanya kenangan bersamanya selama lebih 10 tahun men-
genali sebelum kami mengambil keputusan bernikah lima tahun lalu.
“Hati saya hancur dan sudah tawar untuk menerimanya selepas mengetahui
kecurangannya.Saya rasa dikhianati,” katanya sebak.
Harian Metro difahamkan pasangan itu dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan
Undang-Undang Syariah Jaip bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam
Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987), pasangan disyaki berkhalwat boleh didenda
sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit
kesalahan.-harianmetro1-gambar hiasan