Gambar intim Sammy Simorangkir dan Nadia Annuar - Pasangan sensasi Sammy Simorangkir
dan Nadia Annuar diketahui ramai sudah berpisah Disember tahun lalu selepas penyanyi
kelahiran Indonesia itu memberikan kenyataan kepada media bahawa mereka sudah berpisah.
Bagaimanapun, sangkaan itu seolah-olah meleset kerana personaliti TV3, Nadia Annuar masih
kerap terbang ke negara seberang termasuk dilihat hadir ke konsert khas Keris Patih bersama
Sammy Simorangkir di Jakarta, Indonesia.
Adakah perkara ini menunjukkan hubungan mereka sudah bertaut kembali atau mereka sebenarnya
tidak pernah putus? Apa yang lebih menarik, ini bukan kali pertama gambar mereka terlihat
bersama sejak pengumuman perpisahan mereka tahun lalu.