Isu rampas suami, Hanez Suraya mohon maaf kepada Liyana Manan –Keengganan Hanez Suraya memohon maaf kepada isteri teman lelakinya,
Liyana Manan sebelum ini menyebabkan pelakon itu dikecam hebat orang
ramai di laman sosial termasuk akhbar-akhbar tempatan.
Lebih memburukkan keadaan, Hanez cuba bertindak kurang bijak apabila
mengugut untuk menyaman Liyana kerana telah memalukan dirinya kepada
umum jika gagal memohon maaf.
Bagaimanapun, menyedari sokongan orang ramai terhadap nasib yang menimpa
Liyana Manan termasuk beberapa rakan artis, ini mungkin sedikit sebanyak
memaksa Hanez untuk mengambil pendirian memohon maaf dan bersemuka
secara berdepan dengan Liyana.
Sememangnya satu perkembangan baik buat bekas Awi Rafael itu namun ramai
peminat mendakwa ianya sudah terlambat. Apapun, jika Hanez benar-benar
ikhlas dengan permohonan maaf serta mengundur diri, mungkin reputasinya
boleh dipulihkan