Sudah lama kita tidak mendengar cerita tentang Tiz Zaqyah, bekas teman wanita aktor Remy Ishak.
Kali terakhir pelakon itu menjadi perhatian peminat ialah ketika muncul untuk menyampaikan trofi
di Majlis Anugerah Skrin 2013 tahun lalu.
Ramai yang mengecam Tiz di laman sosial kerana didakwa tidak menjaga badan sebagai seorang
model dan pelakon sehingga mengalami kenaikan badan yang mendadak dalam tempoh yang singkat.
Baru-baru ini, Tiz telah berkongsi beberapa keping foto mesranya dengan kekasih hati, Daniel Haqiz
ketika bercuti di Melbourne, Australia.
Pasangan ini dilihat begitu seronok berada di sana bersama dengan rakan-rakan dan juga pelakon
dari negara jiran, Filipina iaitu Jericho Rosales. Mari tengok gambar-gambar percutian mereka
di bawah.