Kini masa bagi kita memerhatikan pihak Australia pula membuat kenyataan
berhubung pencarian MH370.
Adakah Perdana Menteri Australia Tony Abbot setakat mahu mencuri
tumpuan? Pada 24 Mac beliau mengumumkan di Parlimen bahawa
“kami menemui dua serpihan yang mempunyai “kebolehpercayaan”
di Lautan Hindi (pada jarak 2,500km dari Perth)”.
Serta-merta segala tumpuan pencarian yang dilakukan misi mencari dan
menyelamat dialihkan ke Australia, daripada Laut China Selatan, Selat
Melaka dan utara Lautan Hindi.
Selepas 18 hari, tiada serpihan ditemui namun sebaliknya, pencarian berganjak
ke arah utara minggu lepas di mana “ping: dari kotak hitam didengar pasukan
penyelamat.
Itu sahaja yang ditemui selepas 35 hari. Misteri MH370 seakan tiada penghu-
jungnya lagi.Abbot kini mengumumkan pula: “Kami yakin isyarat yang didengar
datangnya daripada kotak hitam jet MAS”.
Abbot seperti juga ahli politik lain hanya mahukan publisiti dan persepsi baik.
Bagaimanapun, Angus Houston, ketua pencarian Australia, berkata analisa
signal mungkin tidak berkaitan dengan perakam kotak hitam pesawat tersebut.
“Dengan maklumat yang saya miliki, seakan tiada penemuan di dalam mencari
MH370,” jelas Houston, selepas media melaporkan berita penemuan kotak
hitam tidak dapat disahkan. Adakah anda percaya ahli politik atau pakar
pencarian?
Jadi bukan pihak berkuasa Malaysia sahaja yang berspekulasi dan memberi
maklumat salah.Agensi berita melaporkan bahawa Abbot berkata pencari yakin
mereka tahu kedudukan kotak hitam MH370 tetapi berkata bukan mudah
menemui bangkai pesawat tersebut.
“Kami yakin kami tahu posisi kotak hitam yang berada berdekatan, kata Abbot
di Shanghai, baru-baru ini.“Namun, keyakinan tidak sama dengan menemui
bangkai pesawat yang mungkin berada empat setengah kilometer dari permu-
kaan.”Agensi Australia yang menerajui pencarian menggunakan alatan canggih
selepas isyarat bunyi baru didengar pada 10 Mac.
Ping terbaru menambah keyakinan terhadap empat ping yang didengar pihak
tentera laut Amerika yang membawa alatan bagi tujuan itu.Pakar bagaimanapun
berkata proses menilai isyarat di lautan mengambil masa dan amat rumit sekali.
Kenderaan Bluefin 21 bakal digunakan di dalam misi pencarian sekiranya
kawasan pesawat terhempas dikenalpasti kelak.-theantdaily