Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini
mempunyai rekaan bida’ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain
itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid
Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.
Kenapa tidak cukup Islamik?Kerana kubah hijau yang menutupi makam
Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda
mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disema-
dikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti
jika keadaan ini berterusan.
Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat ting-
galan Nabi SAW dan para sahabat! Persoalan ini membawa kepada soalan
seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk
arah tuju Mekah dan Madinah?
Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/
pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah
jajahan keluarga Al Saud” PERSOALAN DEMI PERSOALAN Kesemua projek
naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di
bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab nama negara tersebut Arab
Saudi.
Beliau juga digelar “Penjaga DuaMasjid Utama”.Keyword disini ialah PENJAGA
dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud
konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara
kesemua pemimpin negara Islam untuk membin-cangkan hala tuju permodenan
Mekah dan Madinah?
Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permo-
denan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai
menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!
Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group
Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembina-
an sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu
akan berterusan sehingga hari kiamat.Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin
memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?
Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini
untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang
mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan ban-
gunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan
kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlakudi Mekah.
Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah
siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram.Menara jam
gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan
perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.
Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah
untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam
gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat,makam isteri-isteri
nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah”dan di atas tapak yang dira-
takan itu pu dibina cawangan makanan‘HARAM’ Starbucks, Marks and Spencer,
Raflles Hotel dan McDonalds.
Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk
menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat
Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.
Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka
lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut
mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti
seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempatuntuk beribadat kepada Allah.
Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan
keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka.
Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co.
Islamik kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini
country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat
Islam.
That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga
akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak
negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila
sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.
Masjidil Haram 2020
Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!Semoga Allah
membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu dari-
pada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya
mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan
yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).
Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya
peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.- infodalamtalian