Pelakon Emma Maembong menolak untuk berlakon dan bergambar mesra dengan
mana-mana lelaki bagi menghormati permintaan ayahnya iaitu pelukis terkenal
negara, Ismail Embong.
Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, bapanya meminta berbuat demikian selepas melihat adegan mesra antara dia dan pelakon Aiman Hakim dalam drama Projek Memikat Suami.
“Ya, kalau boleh saya memang tidak mahu berlakon atau bergambar berpelukan atau terlalu mesra dengan lelaki.
“Ia kerana permintaan bapa saya yang menasihatkan agar tidak tampil keterlaluan ketika berlakon atau bergambar yang boleh menjejaskan nama keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Maixara, di Menara Kuala Lumpur, di sini, Isnin.
Emma berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus mengatakan dia
mula menolak untuk bergambar mesra dengan lelaki.Bagaimanapun, Emma
menafikan perkara tersebut adalah bagi menjaga hati pelawak yang dikaitkan
dengannya iaitu Zizan Razak.
“Saya berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik dan kenapa perlu
bergambar begitu (keterlaluan) sedangkan boleh sahaja kalau bergambar seperti
biasa.
“Saya lakukan ini kerana ayah saya bukan sebab Zizan. Zizan tidak pernah
menghalang atau masuk campur urusan kerja saya,” katanya.
Sementara itu, Emma berkata, dia sudah membawa Zizan bertemu dan berkena-
lan dengan keluarganya, malah pelawak tersebut juga merupakan lelaki pertama
yang diperkenalkan sebagai kekasih kepada ayahnya.
Kata Emma, dia gembira Zizan pandai mengambil hati dan mudah mesra dengan
semua ahli keluarganya.
“Alhamdulillah bapa saya senang dengan dia dan mereka boleh bercakap dalam
dialek Terenganu berdua.
“Pada awalnya dia tidak mengenali Zizan dan dia agak pelik apabila orang ramai
ingin ambil gambar, tetapi bila ada rakan-rakan yang beritahu barulah dia tahu
tentang itu,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang sejauh mana hubungan percintaan terse-but, Emma berkata mereka masih pada fasa mengenali hati budi dan belum
mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin.
Katanya, biarlah perkara tersebut berlaku apabila kedua-dua mereka benar-benar bersedia untuk melangkah ke arah itu. –mStar Online