Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd
Radzi Saliman memberitahu mahkamah beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle
hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) ketika serbuan dilakukan di sebuah
apartmen di Taman Sri Subang dekat pada 16 Mei 2013.
Mohd Radzi, 30, berkata, ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah
berkenaan, ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit
diketuk oleh pihaknya.
Katanya, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan
terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik berkenaan.
"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas
saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang
baring di katil sambil berselimut.
"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah
seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam)
sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan
melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle
Jasmin, 26, denganseorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selasa.
Shahrizal Jaszle diwakili peguam syarie, Ashraf Ranee manakala pendakwaan
dilakukan pendakwa syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad. Perbicaraan dijalankan
di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.
Mohd Radzi turut memberitahu mahkamah, aktor itu juga mengaku wanita yang
bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas
disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri.
Terdahulu Shahrizal yang duduk di kandang tertuduh, hadir memakai baju
Melayu berwarnaputih lengkap bersongkok kelihatan tenang ketika men-
dengar keterangan daripada saksi sepanjang hampir dua jam perbicaraan
berlangsung.
Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah
ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira
pukul 3.30 pagi oleh unitpenguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
hasil aduan orang ramai.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah
Selangor 1995.Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan
Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah
disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.
Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, Farah Nurizzati telah mengaku
salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar
denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal
membayar denda.
Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak
RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang
dikenakan.Sementara itu, Shahrizal ketika ditemui di perkarangan mahkamah
memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh
Mohd Radzi kepada mahkamah. Perbicaraan disambung semula pada 10 Jun
depan. -mstar.