Anak saudara Prof Izzi Haji Ali dakwa beliau difitnah - Salah seorang anak
saudara Prof Izzi Haji Ali iaitu Muhammad Sabeeri Seruji mempertahankan
pensyarah itu sebagai tidak bersalah dan meminta orang ramai tidak membuat
sebarang spekulasi yang bukan-bukan.
Menurut Muhammad Sabeeri menerusi komen ringkas di salah satu status
fanpage Prof Izzi, tuduhan yang dilemparkan seorang pelajar pernah diraba
pensyarah itu hanya fitnah semata-mata. Dia juga meminta orang ramai
tidak menjatuhkan maruah pakar motivasi itu.