Tentunya andai lebih banyak perihal wanita kita ketahui akan lebih mudah bagi kita memahami,melayanidan menghargai wanita disisi kita. Untuk itu kali ini,apakata kita sama-sama meneliti beberapa perihal
atau rahsia yang ada pada kebanyakan wanita yang sebenarnya wanita tidak mahu kaum lelaki
mengetahuinya.Beberapa rahsia yang dimaksudkan adalah;
1)Rasa cemburu.
Pastinya ramai yang akan menafikan,tetapi kenyataannya kebanyakan wanita mempunyai rasa cemburuyang berlebihan.Secara tak sedar,wanita akan merasa cemburu walau pasangan lelakinya sekadar ber-
cakap atau berbual dengan kawannya atau wanita lain.Mungkin rasa cemburu itu tidak ditunjukkan,
namun setiap kelakuan pasangannya akan sentiasa melekat di fikiran Mereka.
2)Gemukkah saya?
Percaya atau tidak,persoalan ini sentiasa bermain difikiran kebanyakan wanita.Walaupun mempunyai
tubuh badan yang kurus,wanita tidak pernah menganggap dirinya kurus.Soalan seperti ini,"Adakah saya
nampak agak gemuk?" misalnya tentu akan keluar dari mulut wanita.
3)Sayalah ratu.
Rata-rata wanita secara tak sedar sentiasa berperasaan dan ingin dianggap dialah yang tercantik dari
orang lain.Hanya dia satu-satunya ratu di dalam dunia.
4)Dalam soal berbelanja,
wanita kerap berbohong. Tentu ramai yang tidak bersetuju,tetapi inilah yang kerap dilakukan oleh
kebanyakan wanita.Misalnya jika keluar membeli belah barangan dapur sekalipun,pasti ada sesuatu
yang akan dibeli wanita untuk dirinya sendiri.Dan bila ditanya oleh pasangan lelakinya,kebanyakan
wanita akan memberitahu lain dari yang sebenarnya,seperti dari segi harga atau pun potongan
diskaun.Mungkin jika diskaun hanya 20%,ia akan ditambah jadi 30% misalnya.
5)Sukar simpan rahsia.
Berhati-hati jika ingin berkongsi rahsia dengan wanita.Dibandingkan dengan lelaki,wanita lebih sukar
menyimpan rahsia.Kaum wanita kebanyakannya suka bercerita dan berkong siapa saja dengan
kawan mereka termasuklah sesuatu yang sepatutnya dirahsiakan.
6)Saiz kasut lelaki.
Pernah tak anda sebagai lelaki bertemu seorang wanita,dan dia akan memandang kebawah melihat
kasut anda?Mungkin ini dianggap sekadar mitos bagi sesetengah orang,tetapi percaya atau tidak
ada wanita biasanya menilai lelaki dari saiz kasut mereka.
7)Wanita tahu bila lelaki menipu.
Kaum wanita memiliki naluri dalaman semulajadi yang mampu menimbulkan firasat yang tepat
bila lelaki menipu atau membohonginya.Jadi berhati-hati sekiranya ingin berbohong dengan
wanita,kerana mungkin mereka tidak menyatakan tetapi hakikatnya,mereka mudah tahu bila
lelaki menipu.
Demikian beberapa rahsia atau perihal diri wanita yang pada hemat saya boleh dijadikan
landasan buat kaum lelaki lebih memahami wanita disisi mereka.Bukankah wanita itu dijadikan
untuk lelaki.Maka seharusnyalah kita sebagai lelaki mesti sentiasa berusaha memahami diri
wanita agar lebih mudah dalam melayani,menghargai dan membahagiakan wanita disisi kita.