Alasan yang diberikan ketika ditangkap ialah dia geram kerana diberi saman oleh anggota
polis trafik yang menjalankan tugas. Dia disaman kerana memandu laju pada 17 Mac lalu
dan baginya laluan tiga lorong di Jalan Bongawan-Papar, Sabah merupakan tempat yang
tidak perlu dikenakan sebarang sekatan had laju.
Tiga lorong baginya bermakna, berada di lorong memotong, bolehlah dia pandu selaju-lajunya. Alasannya ialah memotong!
Namun wanita beranak satu berusia 28 tahun dan bertugas sebagai Pembantu Anti Dadah
di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Beaufort, Sabah akhirnya menerima natijah
daripada perbuatannya sendiri apabila dia membuat posting menghina anggota polis di
dalam Facebook.
Norita Salamah binti Zaman ditahan di pejabatnya yang terletak di Tingkat Bawah, Bangu-
nan Urusetia Daerah Beaufort setelah seorang anggota polis trafik wanita membuat lapo-
ran polis setelah Salamah menulis dan menyiarkan posting menghina anggota polis dan
menuduh mereka menerima rasuah di Facebook.
Jam 9:00 malam, pada 8 April, anggota polis wanita tersebut melihat dan membaca post-
ing Norita Salamah di Facebook yang menyebut anggota-anggota polis trafik sebagai
ANJING-ANJING PUTIH C NAJIB.