Kes cabul yang melibatkan Prof Izzi kini hangat diperkatakan. Tidak wajar sekiranya seorang guru mengambil
kesempatan ke atas anak didik mereka dan lagi tidak wajar sekiranya kita terus menghukum beliau.
Seperti yang kita sudah sedia maklum, sebelum ini Shuhada Raba telah membuat laporan polis dan kertas
siasatan telah pun dibuka cuma pihak polis belum memanggil Prof Izzi untuk memberi keterangan.
“Sy tidak sangka diaibkan sebegitu rupa. Manusia terlalu mudah membuat penilaian hanya melalui satu
pihak sahaj. Anda harus dgr dahulu penjelasan daripada kedua dua pihak, barulah anda ada hak utk
membuat penilaian. TK”.
Status Prof Izzi sebelum ini,
(An-Nisaa’: 78) : Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm
benteng yang tinggi lagi kukuh.
Status terkini Prof Izzi,
Setakat ni saya tidak boleh memberi kenyataan sbb ianya masih dlm siasatan.
Apa yang mengejutkan adalah, apabila ramai yang mengaku turut dicabul. Mari kita berdoa agar
kes ini cepat diselesaikan kerana dibimbangi akan memberi kesan buruk kepada kedua-dua pihak.