Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam
kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.Pembantu beliau Michael Cornandez
turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah
lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira
jam 1 pagi tadi.
Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera parah.
Kemalangan dipercayai berlaku kira kira jam 1 pagi berhampiran kilometer
301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS)Gambar di kawasan
kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.
Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai
berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan
tanpa memberi isyarat.
Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit
dalam satu kemalangan pada 2005.
Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura
dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada
tahun 1978.
Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan
berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar ‘Harimau Jelutong’.
Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati
bersalah dalam kes hasutan.Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.
“Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal
terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau,