Georgetown: Seorang remaja maut manakala rakannya parah selepas motosikal ditunggang mereka
dihempap lori satu tan dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, dua remaja perempuan berusia 19 tahun terbabit ketika itu
dalam perjalanan pulang dari Georgetown ke Balik Pulau.
Gambar orang ramai cuba membantu mangsa yang dihempap lori.
Bagaimanapun, selepas keluar lorong motosikal, sebuah lori dipandu seorang lelaki secara tiba-tiba hilang kawalan, terbalik dan menghempap motosikal ditunggang mereka.Pemangku Ketua Polis
Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, mangsa maut ketika dalam perjalanan ke
hospital manakala rakannya pula kritikal dan masih menerima rawatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu lori berkenaan cuba mengelak sebuah lagi lori yang
masuk ke laluannya secara tiba-tiba sebelum dia hilang kawalan dan terbabas.
“Kita sudah mengambil keterangan daripada pemandu dan siastan dijalankan mengikut Seksyen 41
Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya – Hmetro Online