umat Islam. Ini berikutan tindakan tentera rejim zionis Israel menindas umat
islam di Palestin.
Selain itu, Malaysia juga tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara Israel. Sebuah syarikat perfileman dari China dikatakan nmenerbitkan
filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) dan mereka telah membuat penggambaran sejak seminggu lepas di resort berkenaan.
Filem berkenaan menceritakan berkenaan pramugari dari seluruh dunia mengada-kan pertandingan di resort tersebut. Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang bertanding. Pergerakan Pemuda Umno Tuaran juga telah difahamkan pergi ke resort berkenaan untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan.-Sumber