Oleh: Prof Madya Dr Aznan Hassan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Kesan daripada kenyataan facebook saya semalam yang memberi komentar kepada status facebook
salah seorang sahabat saya di Security Council, saya mendapat banyak private message di facebook
yang bertanya (lebih kurang bunyinya): “Untuk pencerahan, menurut pandangan Dr, apakah yang
boleh dan yang tidak boleh kita lakukan bila berhadapan dengan beliau (atau bukan Islam yang lain)?”
Jawapan saya kepada yang bertanya: “Berkenaan dengan isu kematian Karpal Singh, saya tidak
pernah menyuruh sesiapa untuk bergembira. Kerana itulah, saya menyatakan secara jelas di
dalam komentar tersebut: “Saya tidak meminta saudara untuk bergembira dan meraikan kema-
tian beliau….”. Beliau hanya seorang individu yang telah meninggal dunia.
Pada saya, kematian beliau tidak bermakna kerja dakwah akan lebih mudah, atau memberi apa-apa
kesan kepada perjuangan Islam di Malaysia. Kematian beliau tidak akan merubah apa-apa pun rangka
kerja yang dirancangkan oleh gerakan Islam. Umat tetap menghadapi permasalahan yang sama. Musuh
Islam tetap berusaha untuk menjatuhkan Islam dan berusaha menggagalkan sebarang usaha untuk
perlaksanaan syariat Islam di Malaysia, Umat Islam terus berselisih dan bertelingkah. Kerja dakwah
akan terus berjalan seperti biasa.
Namun apa yang hendak ditekankan di dalam posting tersebut ialah batas-batas syarak yang sepatut-
nya kita jaga apabila berhadapan dengan perkara ini. Ada yang mengucapkan rest in peace (RIP).
Bahkan ada dikalangan umat Islam yang mengucapkan al-fatihah kepad beliaua. Bahkan ada yang
menyatakan bahawa syurga bukan utk org Islam sahaja, dan Tuhanku tidak zalim.
Faktanya,secara zahirnya, beliau meninggal sebagai seorang kafir. Hukum fekahnya ialah hukum
meninggalnya seorang kafir dan hukum-hakam tersebut mestilah berpandukan kepada syarak.
Mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan melakukan istirja’(inna lillah wa inna ilayhi raji’un)
adalah dibenarkan. Tetapi mengucapkan RIP, apatah lagi membaca fatihah kepada beliau adalah
sesuatu yang tidak dibenarkan. Terlalu byk nas-nas dan istidlal syarak dalam hal ini.
Qias kepada kisah bangunnya Nabi terhadap jenazah Yahudi (jika betul tafsiran bahawa bangunnya
Nabi SAW tersebut sebagai penghormatan kepada jenazah tersebut) tidak sekali-kali menunjukkan
bahwa Nabi SAW “yatarahhamu lahu (meminta rahmat atau kesejahteraan)” kepada Yahudi tersebut.
Jangan menggunakan dilalah hadith lebih daripada apa yang dimaksudkan. Ini bertentangan dengan
kaedah usul fiqh yang sebenar. Itupun jika kita merasakan bahawa itulah tafsiran yang sebenarnya.
Tetapi, jika kita merujuk kepada syarah-syarah ulama berkenaan dengan hadis tersebut akan men-
dapati bahawa tafsiran itu bukanlah satu-satunya tafsiran (untuk hadis tersebut), bahkan bukan
juga merupakan tafsiran yang terkuat. Janganlah membuat tafsiran atau berhukum megikut apa
yang kita rasa. Syarak ada batasannya. Ada halal haramnya.
Soal bagaimana Allah akan menerima beliau, itu bukan urusan kita. Itu urusan Allah SWT. Kita
diwajibkan oleh Allah untuk berhukum berdasarkan perkara yang zahir. Soal bagaimana Allah SWT
akan menghukum beliau, itu urusan Allah SWT. Miliknya segala yang dilangit dan dibumi, tetapi
kita di dunia diwajibkan oleh Allah utk berhukum secara zahir mengikut hukum-hakam syarak yang
sebenar. Adalah amat penting utk kita menyedari batas-batas iman dan kufur, dan apa yang dibenarkan
dan tidak dibenarkan.
Saya merasakan kematian Karpal Singh adalah suatu kematian yang akan dilalui oleh sesiapa sahaja.
Beliau telah pergi berjumpa dengan Penciptanya dan beliau sudah tentu telah mengetahui pengakhiran
beliau. Semuanya berada di dalam ilmu Allah. Tidak ada sebab mengapa seorang Muslim perlu terlalu
menyibukkan diri dengan kematian tersebut. Berhujah dengan pelbagai hujah dan mengucapkan ucapanyang tidak betul mengikut syarak, dan meleburkan batas-batas iman dan kufur.
Kita mahu menjaga hubungan sesama manusia, Ya, itu benar. Tetapi hubungan dgn Allah dan batas-
batas iman dan kufur perlu jelas. Ucapkan takziah dan istirja’ dan teruskan kehidupan anda dalam
memperju-angkan Islam seperti biasa. Ini adalah kenyataan terakhir saya dalam hal ini.
Semoga mendapat manfaat.-mynewshub