Penyanyi dan pelakon Adam AF2 memohon diberi sedikit masa untuk dia mengumumkan kedudukan status
rumah dengan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza yang didakwa goyah.Adam atau nama sebenar Mohd
Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia enggan mengulas panjang tentang dakwaan keretakan rumah tangganya
dan berharap peminat mendoakan yang terbaik.“Saya tidak mahu komen panjang tentang perkara ini,
doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga kami.
Apa-apa berita tentang rumah tangga kami, Insya-Allah saya akan beritahu kelak,” katanya kepada
mStar Online, ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pra tonton filem Bahaya Cinta di TGV One
Utama.Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang rumah tangga yang dibina pada 26
September 2013 dikatakan sedang mengalami masalah.
Tambah Adam mengulas tentang gossip tersebut, dia akui sebagai selebriti segala berita baik dan
buruk akan dapat dihidu oleh pihak media dan masyarakat.“Apa yang saya boleh cakap kami baik-baik sahaja dan tidak bergaduh, kami cuma sibuk dengan kerja masing-masing. Saya anggap ia
sebagai satu ujian,” katanya.
Sementara itu, Adam turut menafikan dakwaan melarikan diri daripada media bagi mengelak ditanya
isu tersebut dalam sebuah majlis barubaru ini.Dia terpaksa pulang awal dan membatalkan beberapa
sesi fotografi kerana mempunyai masalah peribadi yang terpaksa diselesaikan.
“Saya balik awal pada majlis berkenaan minggu lalu sebab ada hal peribadi, manakala saya terpaksa
membatalkan sebuah sesi fotografi kerana mahu pulang ke Sabah berikutan ada perkara peribadi yang
perlu diuruskan,” katanya.
Dalam pada itu, Adam melakonkan watak Iskandar dalam filem Bahaya Cinta yang merupakan filem
kerja-sama dengan penerbit dari negara Vietnam. Ia bakal ditayangkan pada 1 Mei Depan.