TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu
kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara Selatan menghala arah
utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.
Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau,
Michael Cornandez.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang
kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat
cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal
melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.