JAYAPURA: Sebuah pesawat ringan terhempas menyebabkan juruterbang
warga Amerika Syarikat (AS) dan seorang penumpang terbunuh dalam
kejadian di timur Indonesia, hari ini.
Polis berkata, pesawat jenis Kodiak buatan AS yang membawa enam
penumpang itu disewa khas untuk misi kemanusiaan penghantaran
barangan ke kawasan terpencil di Wilayah Papua itu.
“Juruterbang AS dan seorang penumpang maut dengan sebahagian
pesawat terbakar,” kata jurucakap polis Papua, Sulistyo Pudjo.
Lima penumpang dilaporkan cedera dengan dua daripadanya parah.
– AFP