Di China, pengawal peribadi bagi bilionaire, mereka lebih memilih wanita
dan bukannya lelaki. Oleh yang demikian, gadis-gadis ini haruslah
menjalani latihan atau kursus yang lasak untuk menguji dan menguatkan
ketahanan mental dan fizikal.
Sekatan kepada penggunaan senjata di China amat ketat dan diambil serius.
Jadi, kekuatan fizikal amat perlu untuk menjadi seorang pengawal peribadi.
Mungkin pelik pada pandangan kita kerana permintaan wanita lebih diutamakan
untuk menjadi pelindung peribadi bilionaire di sana.
Darah, peluh dan air mata yang keluar adalah suatu pelajaran dan tanpa
mengadu adalah satu kelebihan untuk menjadi pengawal peribadi profesional.