Gambar terakhir Sammy Simorangkir dan Nadia Annuar - Orang ramai
dikejutkan dengan berita perpisahan personaliti TV3, Nadia Annuar dengan
penyanyi terkenal dari Indonesia, Sammy Simorangkir. Punca perpisahan
adalah disebabkan oleh perbezaan pendapat dan agama selain berjauhan.
Sammy Simorangkir yang dihubungi media hiburan baru-baru ini
memberitahu dirinya ingin fokus kepada kerjaya dan sekalipun ditakdirkan
berkahwin, beliau akan mencari wanita yang seagama dengannya supaya
hubungan lebih mudah namun tidak meletakkan sebarang harapan.
“Kami kini hanya kawan biasa sahaja & tidak lagi mempunyai hubungan
cinta kerana perbezaan agama.”
Berikut ialah beberapa keping gambar terakhir mereka sebelum berpisah
secara senyap-senyap. Sammy Simorangkir dan Nadia Annuar kelihatan
sama cantik dan sama pada namun apakan daya kan. Berbeza agama
memang perkara paling sukar untuk dilalui oleh mana-mana pasangan.