Sepasang kekasih di Cilacap , Jawa Tengah , ditahan oleh polis atas kesalahan
menggugurkan bayi dalam kandungan hingga menyebabkan kepala bayi
tersebut putus.
Ketua polis Kroya AKP Noor Yadhi berkata , pasangan kekasih ini ditahan
selepas mendapat laporan daripada masyarakat. Polis telah pun menangkap
suspek , MK ( 19 ) dari palembang dan RH ( 20 ) , pada 3 April 2014 .
Pepasang kekasih ini menggugurkan bayinya kerana malu mengandungkan anak
luar nikah . Lelaki kepada perempuan tersebuat mengatakan dia bingung dan
tidak tahu apa yang harus dilakukan setelah tahu kekasihnya hamil. Pasangan
kekasih ini masih bersekolah di tempat yang sama.
Pasangan itu didakwa melakukan pengguguran dekat perigi rumah bapa
saudara RH di Desa Karangmangu , Kecamatan Kroya , Cilacap pada isnin
pagi . RH yang hamil lima bulan mengalami penguncupan setelah meminum
ubat pengguguran . Tak lama kemudian kaki bayi mula kelihatan. Proses
kelahiran bayi yang terlalu lama menyebabkan bapa kepada bayi tersebut
bertindak menarik keluar bayi tetapi gagal kerana kepala bayi tersebut putus
dan tertinggal di dalam rahim.
Pendarahan yang terlalu banyak menyebabkan bapa kepada bayi tersebut
panik lalu membawa kekasihnya ke klinik. Pasukan perubatan terkejut
apabila mendapati ada kepala bayi di dalam rahim RH. Buat sementara
ni MK ditahan di Mapolsek Kroya , dan kekasihnya RH masih dirawat
di klinik tersebut .
Akibat daripada perbuatan tersebut pasangan kekasih ini telah disabit bersalah atas tuduhan membunuh dibawah akta 348 Kanun Jenayah maksimum 5 tahun
penjara dan hukuman Undang - undang Kesihatan maksimum penjara 10 tahun.